Dec 31, 2010

RAWRRR. GRRRRR. meow.


Selalu kalau emo mesti petanda awal untuk time of the month. Confirm. Lepas tu kalau emo mesti tak puas hati dengan semua orang. Tengok semua orang pun rasa macam nak siku je. Padahal orang tu tak berdosa pun. Kadang-kadang kanak-kanak suci menjadi mangsa. Tapi last week dah pms. So perangai, apa lagi kau nak minggu ni?


Bangun pagi tadi okay. Takde perasaan benci langsung. Ada perasaan malas nak bangun je sebab pagi tadi kena pegi Shah Alam settlekan few things. Tak sempat nak breakfast sebab bangun lambat. Dalam kereta on the way pegi Shah Alam gaduh dengan adik I dalam phone pasal benda dobo. @#$%$#@$. Okay dah start marah marah. Masa tu rasa macam nak smack down dia. Nasib baik dia takde depan mata. Lepas tu sampai Shah Alam pegi sana sini turun naik tangga. Tiba-tiba hilang mood terus. Bukan sebab kena turun naik tangga hilang mood. Bukan. Entah. I tak tau kenapa. Dalam kereta dengan Dekjan pun I rasa malas nak cakap. Dekjan tak salah pape. I yang takde mood nak cakap. Pandang kiri kanan depan belakang atas bawah pun macam menyampah je.


Dah settle hal kat UiTM, balik rumah. Balik rumah pulak tengok takde orang, I geram. KENAPA TAKDE ORANG NI WEH!? Padahal memang I dah lama tau takde sape kat rumah. Saje nak geram geram. Lepas tu online. Macam biasa, bukak Social Network yg Mark Zuckerberg invent tu. Ohh, banyaknya notifications. Check la satu-satu. Mostly comment on a "photo of you" yang Saiyidah dengan Syikin upload semalam. Gambar berjimba ramba kat BB and Jalan Tar. Komen-komen yang orang komen tu biasa-biasa je. Biasa la, komen gurau-gurau. Tapi rasa macam nak geram geram jugak. Rasa macam "eh komen kau tak boleh membina lagi ke?" "eh kau apsal komen macam nak carik gaduh?" "kau apehal nak komen macam tu?" "kau tu macam bagussss nak cakap macam tu.." Pfft! Kenapa I berperangai dan berperasaan begini? Lepas tu kalau ada orang tanya apa-apa mesti I nak menjawab dalam nada meluat dan membenci sampai orang pun boleh terasa pastu kata "bye, malas nak layan". Fine. Time aku gelak-gelak kau nak gelak jugak. Time aku emo kau malas nak layan pulak. You can't handle me at my worst so you don't deserve me at my best. Lame but true. Awak boleh berambus. I benci gila bila sampai part I pakai bahasa-bahasa kasar. Rasa macam rempit sejati pacak lapan tiang. Berambus tu kira kasar la sebab tak sesuai pakai bila berkomunikasi dengan kanak-kanak, orang dewasa, dan warga emas teras masyarakat.


Hari ni kalau kena bahan dengan orang serious tak boleh handle. Rasa macam nak fire balik sampai boleh gaduh 7 keturunan. Rasa macam kena condemn dengan semua orang. Rasa macam dibenci oleh semua orang. Adakah ini balasan kerana alpa dan leka untuk memberi sokongan kepada Harimau Malaya semalam kerana terlalu busy memenuhi tuntutan nafsu? Tanpa sorakan saya pun, anda tetap juara. Nampak sangat saya loser. Wuuu, saya loser, wuuuu.




PS. What do you do when you feel like the whole world against you?


12 comments:

Saiyidah Aisyah said...

raz, hui kenapa? kau okay tak?
patut lah smlm kau nampak mcm bad mood. i mean masa kau reply komen2 gambar di fb. hehee tp takpe. aku faham2. :)
bawak2 bersabar ye, tarik nafas dalam2 lepastu hembus kay :)
istigfar banyak2 don't let emotion control yourself.
okay? ;)

Marya Hana said...

jgn marah yaya comment ni taw :P
hee.

kita serupa! yaya pon asyik nak marah anak org je. biase lah, penyakit org ppuan tiap bulan.

Razzle Dazzle said...

sydah: aku tak tauuu. lepas tu aku rasa emo semalam macam bakal bersambung untuk hari ni sbb aku rase mcm tak puas hati. aku tak tau ape masalah aku. tapi aku rasa tak puas hati la. arghhhh. aku tak suke emo! tapi aku tak bley control. aku tak bley deny jugak yg aku tak emo.

Razzle Dazzle said...

yaya: tapi yaya, bulan tu dah datang last week. emo mase pms pun boleh control lagi. tak kritikal mcm yg ni. tak suke la jadi garang. nnt nampak macam nak menopause T_T

Saiyidah Aisyah said...

kenapa weh? kau ada masalah ke? kalau ada cite lah kat aku kalau kau sudi. aku sedia mendengar dan cuba mana yang mampu. :)
wehhh sheila dah sehat yippie!
tadi die call aku heheee. :D
alhamdulillah lega aku dgr suare die pun happy je. :)

Apis Hilton said...

you will make the absolutely great of "mak nenek" dengan entry ini..hahha..raz lain kali post mcm ni lagi..aku gelak tak henti2

Razzle Dazzle said...

sydah: takde masalah. aku rasa diperkotak-katik-itikkan je. wuwuwuw. takpe takpe. dah ok dah :)
Alhamdulillah! Glad to hear that! *ayat copy paste fb* :P

Razzle Dazzle said...

apis: aku rase mcm loser bile post entry emo emo macam ni. hahaha. tapi ni je la medium "lepas geram" yg aku ade. fb mcm public sangat wlaupun privacy setting dah upgrade.

nanazatul said...

somelnye kau merajuk

Razzle Dazzle said...

ni bukan merajuk lah
ni tengah marah

Saiyidah Aisyah said...

yeke. Alhamdulillah kau dah okay :)
aku pun stress sikit masa keluar gi tar n bb aritu. tapi naseb baik ada korang dgr cite aku dan shops sama. ilang tension den. nyeheee. thanks untuk kau, dila dan syikin juga :D
wehh aku belajar lesen L dah sampai bukit tadi. Alhamdulillah. aku rasa terharu dgn diri sendiri. sobs sobs :')
dapat cik Mat lagi. hehe arini die baek. sonok aku nak blaja tak stress sangat :)

Razzle Dazzle said...

kan aku dah cakap, jangan stress
kalau tak stress semua benda okay ;)
ceceyhhh pandai nasihat org tak stress
seperti ketam mengajar anaknye berjalan :P
hahahaha
nanti kte JPJ same same okay ;)