Jan 15, 2011

Handsome Di Mata Saya


Cantik, handsome, jelita, macho, comel, kacak, sexy, solid, menggoda, menggiurkan, bergetah (okay enough!) semua tu adalah physical appearance yang subjektif untuk diberi penilaian. Subjektif tu maknanya bukan objektif la. Dulu masa exam time sekolah objektif = OMR = A, B, C, D dimana hanya ada satu jawapan yang tepat dan tiada belas kasihan untuk dapat markah kesian misal kata jawapan dia A, lepas tu kau pergi hitamkan dekat C, jangan harap lah boleh dapat half mark. Bila dah cakap subjektif tu, maknanya tiada jawapan spesifik la. Alah, macam statement biasa yang artis selalu bagi la bila dapat title "Artis Mangga Paling Seksi" - Bagi saya seksi tu subjektif. Terpulang kepada peminat nak nilai saya macam mana. Saya tak rasa saya seksi pun (walaupun baju kau membutakan mata). Mungkin perangai saya yang seksi hik hik hik bla bla bla. Ok tu contoh jela sebab I nak explain subjektif tu apa in case ada orang confuse lagi. -___-


Masa I tengok America's Next Top Model (ANTM) Season 14 final dengan abang I few weeks back, tiba-tiba abang I menangis kekejutan tengok winner dia. He was like - ish, buruk gila! ish! Macam mana boleh lepas masuk ni? Ish! Boleh tak dia terkejut tengok wanita cantik di bawah ni menang? Tak patut.


Krista

Tak payah nak terkejut sangat lah der. Nampak sangat pengertian cantik di mata abang I sangat tipikal dan common. Tapi tak boleh nak blame dia jugak. Bukan dia sorang je macam tu. Tu la cara kita dibesarkan di Malaysia. Dari kecik, dah di-set-kan dalam minda kita yang cantik, handsome tu macam mana. Dah ada skema pemarkahan untuk menilai fizikal seseorang. Ni semua media cetak dengan media elektronik punya angkara. Kalau tak kurus, out. Tak putih, out. Tak tinggi, out. Hidung tak mancung, out. Kening monobrow, out. Dahi jendul, out. Botak tengah, out. Boroi, out. Jari tak cukup satu, out. Juling, out.


Bagi kebanyakkan kita, handsome/ cantik tu selalu didefinisikan macam ni:-


Tengok tu. Kalau dah hansome, korek hidung pun nampak comel. Mana ada jijik!



Okay dia ni memang dasar perempuan-paling-cantik-jelita-anggun-mantap-tip top-cantik-cantik-cantik! Cantek la weh! Aaaaaaaaa! Okay nampak tak betapa cantik dia punya cantik? Tapi kalau kita tak dilahirkan dengan muka Ed Westwick atau Aishwarya Rai, adakah kita buruk di mata masyarakat? *menangis*


Hakikat sebenar, semua orang, ulang suara SEMUA ORANG adalah cantik dan unik. Memang cliche tapi cliche ni lah yang orang susah nak faham apa lagi terima. Tak semestinya kalau I cakap Aishwarya cantik, orang lain pun rasa dia cantik. Ada jugak orang yang rasa dia hodoh (dasar takde taste). Lain orang lain taste. Contohnya kalau taste you kaki panjang, bulu kaki lebat, mesti you cakap orang kaki pendek, takde bulu kaki tu tak cantik. Contoh la weh. Di situlah subjektifnya definisi kecantikan.


Tapi kan, sebenarnya kita sendiri yang mencerminkan kelebihan kita di mata dunia. Ewah. Ambik kau. Di mata dunia terus. Walaupun kita gemuk, kita boleh buat orang rasa yang kegemukan tu bukan satu benda yang buruk. Walaupun masyarakat selalu sumpah seranah kita cakap muka macam karipap tak cukup inti la, DUKE under construction la, kita boleh buat diri kita nampak oh-indahnya-awak! di mata masyarakat. Kita yang sebenarnya menentukan cara orang melihat kita sebagai apa. Serious. I ada bukti! Lihat ni. Lihat? Foine. Tengok ni.




Evidence 1: John Hafiz

I am one of John Hafiz die-hard-reader. Before I suka belog HZ, I suka dia ni punya dulu. At first, my friend, Ili Nadirah yang ajar I baca blog dia. Sekali dah lama-lama baru I tau dia member abang I. Geng bermain papan selaju bersama dan membuat video clip Oh Lala bersama di dalam kereta. Tak kisah la. Semua tu tak menjejaskan cinta I kepada blog JH. Semua post dia daripada zaman Jepun keluar dari Malaya sampai zaman Wawasan 2020 I dah baca. Tapi banyak jugak dia dah delete and I don't know whyyy. Rugi I tak copy paste save siap siap untuk simpanan koleksi peribadi kesayangan. Ish. Rugi.


Basically orang yang follow update dia mesti tau JH ni apa. Dia bukan unta tetapi dia lelaki import yang paling sempurna, bijak, comel, tetapi terpaksa berlagak. Bini dia mat salleh, nama Samantha. Recently dikurnikan anak yang cukup sempurna, cantik, hot, comel, dan gorgeous yang bernama Siti Melishka. Duh. Mesti lah anak dia comel. 98% ikut muka dia kannn. Punyai asset paling berharga yang dicemburui oleh para lelaki iaitu Denver. Ftw. Sangat kaya. Ada rumah agam berapa ekar entah. Memiliki dua orang bestfriend yang sangat loyal iaitu Abas dan Arafat. Ramai dumb blonde gila bayang dengan dia. Kebanyakkan perempuan geram dengan dia sebab dia comel sangat. Rasa macam nak cubit-cubit pipi dia. Lepas tu bila dia claim yang dia dengan Gerard Butler ada iras, I tak pernah rasa nak nafikan benda tu.


Seeeeeee. Betapa hebatnya kuasa confident dia memanipulasi otak I dan insan-insan lain.! Nampak tak yang semua ni bergantung dengan cara kita present diri kita depan orang. That's why ada orang, walaupun pakai baju macam pokok x'mas, tapi sebab dia confident, tak nampak awkward langsung. Baju buruk pun nampak cantik.


Ni lah John Hafiz idaman si gadis-gadis!


macho

matang

manis


Mungkin orang lain tak nampak apa yang I nampak sebab orang lain tak faham lagi penulisan dia. Jadi sila fahami dia untuk nampak apa yang I nampak.



Evidence 2: Rajnikanth


Tak banyak I boleh cakap pasal abang ni sebab I tak tau sangat pasal dia. Yang I tau mula-mula I tak suka dia langsung. Dia kan dah tua tapi bajet hengsem sebab balik-balik dia jugak nak jadi hero tamil. Caittt! Bagi lah chance kat orang lain. Tapi bila I tengok Sivaji The Boss kat Astro Fiesta masa new year hari tu terus rasa macam oh-hengsem-gila owh! Dah la cool. Pandai pulak tu. Sayang bini pulak tu. Baik hati pulak tu. Dia siap bukak Yayasan Sivaji untuk provide university, hospital, bla bla bla untuk rakyat India uols. Ni la baru hero tamil der! Okay fine. Memang tu semua lakonan semata-mata. But it works to help me to develop my very own positive perception towards him. At least for the time being.



P.S. I don't believe in love at first sight because it takes more than just a first sight to fall in love. Looks can't be so promising. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal macam celaka. Hell yeah.


4 comments:

nanazatul said...

HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA.

sumpah aku gelak gila guling2.

"that's why ada orang, walaupun pakai baju macam ""pokok x'mas,"" tapi sebab dia confident, tak nampak awkward langsung."

hoi,perli aku eyh!

Razzle Dazzle said...

teheeeeeeeee
tu contoh saje leeeeee
bukannye orang tau yg pakai seluar pokok x'mas tu kau

:pp

Marya Hana said...

cantek 2 subjektif.. ye dok..? kot muke je lawa tp perangai lebey kurang hantu kak limah nak buat mende.. ~ :D

Razzle Dazzle said...

hahahahaha
kak limah comel ape :p
tu lah kannn