Title memang geli. I admit. Tapi serious, title tu adalah refleksi kepada keadaan percintaan I sekarang. Percintaan bersama You Ai Tee Am. Geli lah gila.
You Ai Tee Am,
Dulu saya sayang gila dekat awak. Saya bangga sebab jadi sebahagian daripada awak. Kalau saya kena tinggalkan awak, saya sedih. Awak nak tau, masa nak sambung study lepas SPM dulu, saya rela pilih untuk pergi kat awak yang jauh kat seberang laut tu daripada pergi Seremban yang hari-hari pun boleh ulang-alik kalau nak.
TAPI SEKARANG!
Rasa macam taknak ada hubungan langsung dengan awak! Semenjak dua bulan lepas, saya seringkali memikirkan untuk berpaling tadah dengan awak. Saya dah tak tahan. Awak buat saya macam takde perasaan untuk berkonvo. Saya hilang kepercayaan dengan management awak. Sebab awak, saya hilang semangat untuk mengejar cita-cita. Saya lupa apa cita-cita saya. Saya jadi tak peduli apa saya akan jadi bila besar nanti. Kalau awak nak halau saya keluar daripada hidup awak pun lepas final exam semester ni, saya dah tak kesah. Sebab saya, dah takde hati kat awak. Saya sedar risiko yang akan saya hadapi kalau ini terjadi. Tapi ini yang harus saya hadapi. Saya akan cuba jadi tabah. Saya tak akan mengalah. Tapi saya tak janji yang saya takkan menangis kerana saya kuat menangis.
Semenjak itu juga, saya telah memikirkan option-option lain yang ada. Jika ditakdirkan tiada lagi jodoh antara kita, saya akan sepantas kilat mencari cinta lain kerana saya tidak mahu mensia-siakan masa muda saya. Awak tahu bukan saya harus memiliki Ijazah sebelum berkahwin. Saya juga mahu berkahwin pada usia yang tidak terlalu tua seperti orang lain. Itu syarat yang saya reka sendiri. Tapi itu bukan perkara yang mahu kita bincangkan di sini. Apa yang mahu kita bincangkan adalah tentang pesaing-pesaing awak.
Kalau boleh, saya mahukan suasana baru yang tidak akan mengingatkan saya kepada awak. Bukan niat saya untuk melupakan jasa-jasa awak, cuma saya memerlukan ruang untuk memulihkan kembali semangat saya yang telah hilang atas perbuatan awak. Setelah beberapa bulan berfikir, bertafakur, meneliti segala aspek, potensi, dan peluang yang ada, saya mungkin boleh kembali tersenyum semula. Saya dapat semangat baru. Saya jumpa sasaran baru. Dan cita-cita saya juga mungkin baru.

Mungkinkah mereka?



2 comments:
lek2 ye raz,>__<
huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Post a Comment