Jan 29, 2010

redho ya.. ini ujian..

Rasa macam nak nangis, tapi kena tahan.
Tahan.
Jangan bagi air mata bertakung, menitis, mengalir dan sebagainya.
Ingat.
Allah s.w.t tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang melebihi tahap kemampuan mereka.
Mungkin ini adalah ujian yang Allah berikan kepada I dan mereka.


Apalah sangat setakat tukar pergi class lama yang hanya tinggal 3, 4 orang sebab classmate lama yang lain semua dah berpecah-belah membawa haluan masing-masing ke class lain demi menyelamatkan pointer dengan cara melarikan diri daripada lecturer lama yang suatu ketika dahulu pernah hampir menggagalkan mereka.

Apalah sangat setakat tukar pergi class lama dimana boleh jumpa dengan lecturer dulu yang pernah hampir menggagalkan pelajar dia sebab jarang buat consultation dengan dia.
Apalah sangat kalau lecturer itu setakat lecturer LAW yang memberikan jaminan bahawa akan meluluskan pelajarnya sekiranya mereka rajin ber-consulte dengan beliau di bilik, walaupun pada hakikatnya pelajar beliau mendambakan lebih daripada sekadar lulus. A- pon dah memadai.Kerana ia merupakan antara mata pelajaran terpenting bagi pelajar beliau yang sekaligus bakal mencorakkan masa depannya.

Tapi takde guna jugak kalau kita merancang yang terbaik untuk diri sendiri kalau perancangan yang kita buat tu menyusahkan banyak pihak. Walaupun perancangan itu untuk kepentingan masa depan kita sendiri dan kalau tersalah percaturan boleh memendungkan masa depan itu. Takpe. Apa salahnya sacrifice sekali-sekala untuk memudah dan menyenangkan kerja orang lain. Hulurkan tangan ringankan beban. Mungkin orang yang kita tolong tu tak appreciate apa yang kita buat sebab mungkin dia tak tau atau buat-buat tak tau. Tapi takpe. Yang Maha Berkuasa tu lebih tau akan setiap perbuatan hamba-Nya. Buat je keje tu seikhlas mungkin. Insya-Allah tak sia-sia.
:')


I am so thankful to be tested by this kind of situation. Only then, I started to deeply understand the meaning of Qada' & Qadar. Insya-Allah :)

p/s: Girls! *you know who you are ;)*
it's okay if we are the people who are chosen to be kicked out of the group.
the problem is, we are too popular indeed.
LOL
but anyhows, I know we can survive through all this mess.

I stickwitu guysss! :D

xoxo,
razzle dazzle

3 comments:

Marya Hana said...

yaya suke cara raz..
ape sekalipon.
same2 la berjaye..:)
jangan main taktik kotor..
huhu.

Alepela said...

chayok2 raz!! >_<

Razzle Dazzle said...

yaya: thankiyu!
good luck to you ;)

alep: thanks alep! :)